Tingkat-tingkat keyakinan

Assalamualaikum..Rus ada baca buku solusi isu no 17. Rus minat dengan article tntg tingkat2 keimanan.. best sangat..di sini Rus nak bgtau ape itu tingkat2 keimanan:

1 - PERTAMA (ILM AL-YAKIN)
 
Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitahu dan kemudian didengari telinga.

DALIL
"Jgn sekali-kali(bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!" (surah al-Takathur 102 :3/5)

CONTOH:
..........................................................................................................................................................................
Si A tidak mengenali madu, apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupun dia tidak pernah merasainya atau melihat madu itu.
.........................................................................................................................................................................

3- KEDUA (AIN AL-YAKIN)
 
Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata

Dalil:
Firman Allah yang bermaksud:
"Selepas itu-demi sesungguuhnya!-kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kemu dilemparkan ke dalamnya)!" (surah al-takathur 102 : 7)
.......................................................................................................................................................................
Contoh:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah duhurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang mengharungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis, walaupun dia belum merasainya.
.......................................................................................................................................................................

3 - KETIGA (HAQ AL-YAKIN)

Yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

Dalil:
Firman Allah swt yang bermaksud : "sesunguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini." (surah al-Waqi'ah 56:95)
.......................................................................................................................................................................
Contoh :
Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gulayang pekat. Dia sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.
.......................................................................................................................................................................

Daripada cerita ini rus dapat simpulkan bahawa pengalaman dan ilmu adalah penting dalam kehidupan. Seperti kata hikmah ilmu tanpa amal adalah rugi, amalan tanpa ilmu adalah gilaa..itu la apa yang rus nak simpul kan..:) waallahualam..